Sunday, January 29, 2012

Contoh karangan: Hobi Saya

        Hobi saya membaca. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahun dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.
        
        Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula, ibu bapa saya memang mengalakkan saya membaca. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah sering membawa saya ke pameranbuku. mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.

        Saya juga gemar membaca kerana aya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Seorang guru yang baik , kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut sudah tentu akan dapat dimanfaat oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

        Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca. Tentunya kita sentiasa mendapat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan ilmu pengatahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu, masa kita juga terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang memudaratkan hidup kita.

        Oleh itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Kenalilah kelebihan dan bakat yang adapada diri kita. Pupuklah bakat tersebut dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya. 

11 comments: