Sunday, January 29, 2012

Contoh karangan: Taman Tema Air

     Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga pergi berkelah di taman tema air di Kuala Lumpur.Di sana ramai orang yang sedang bermandi-manda dan bersuka-ria.Mereka kelihatan sangat gembira.


        Semua pengunjung dikenakan bayaran untuk masuk.Ayah saya terus membeli tiket masuk.Kami dikehendaki beratur sebelum masuk ke dalam untuk menunjukkan tiket kepada penjaga pintu masuk.

         Di sana,banyak peraturan yang perlu dipatuhi.Banyak juga kemudahan yang boleh digunakan.Pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar masuk ke dalam.Kami menyewa pelampung yang terdapat di sana.

         Antara aktiviti untuk kanak-kanak ialah main hujan buatan,berperahu getah dan macam-macam lagi.Kanak-kanak hendaklah bermain gelongsor air yang rendah.Saya dan sepupu saya menyusup ke dalam terowong air.

         Manakala aktiviti orang dewasa pula ialah main gelongsor air yang tinggi,menggelongsor di atas belon gergasi dan berjalan di tapak yang mudah tergelincir.Ramai orang yang sedang berenang ke sana dan ke sini.

         Kami sekeluarga sangat gembira dapat melawat ke sana.Saya berhasrat untuk berkunjung lagi ke taman tema air itu.Saya berharap agar keluarga saya mempunyai masa dan peluang untuk ke sana pada musim cuti sekolah yang akan datang.

4 comments:

  1. I get 98℅ trial exam tq so much

    ReplyDelete
  2. Shootercasino: Play online casino game for real money
    Play a slot machine for real 샌즈카지노 money today, without the need for registration. No download, 바카라사이트 no 제왕 카지노 login required. No logins, just start playing.

    ReplyDelete